Sunday, 28 December 2014

Maklumat Terkini Berkaitan Penangguhan Sesi Persekolahan 2015

Makluman kepada semua warga sekolah, berikutan dengan Penangguhan Pembukaan Sesi Persekolahan 2015 akibat bencana banjir, berikut adalah maklumat tentang keputusan beberapa aktiviti sekolah;
1. Sekolah dibuka pada 12 Januari 2015.
     学期开课日期2015年1月12日。
2. Pendaftaran pelajar tetap pada 2hb Januari 2015, 7.30pagi hingga 10pagi。
     新学年学生注册原定2015年1月2日。早上7点30分至10点。
3. Mesyuarat AKS ditetapkan pada 2hb Januari 2015, 2petang.
     学校职员会议2015年1月2日,下午2点。
4. Mesyuarat Staff ditangguhkan ke 8hb Januari 2015, 8Pagi.
     学校教职员会议2015年1月8日,早上8点。
( Mana-mana staff yang terlibat dalam banjir dan menghadapi masalah bolehlah menghubungi pihak sekolah secepat mungkin.) 任何教职员及学生有面对任何问,可以尽快联络校方。

Kepada warga sekolah yang terlibat dalam banjir, pihak sekolah amat bersimpati ke atas bencana yang dialami, semoga semua urusan dapat dipermudahkan.

Tuesday, 7 October 2014

Tindakan Segera Untuk Kes kes Kecemasan

Pihak sekolah sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan semua warga sekolah. Tindakan kecemasan perlu dilakukan demi kebaikan semua pihak. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama kepada pihak sekolah termasuk Hospital, Polis dan Bomba. Semoga kita direstui dengan kesejahteraan dan keselamatan semua.

Sunday, 28 September 2014

Ceramah Pengurusan Stress

Ceramah Pengurusan Stress telah dilaksanakan kepada semua tenaga pengajar dan AKS sekolah bagI membantu semua kakitangan agar bijak mengurus stress masing-masing. Ceramah telah disampaikan oleh En. Khor Yip Mau

Thursday, 25 September 2014

Tuesday, 23 September 2014

号外周报专栏作者 专访根华中学

号外周报专栏作者也是马来西亚儒学会顾问~ 张弓 特为根华中学之迅速发展特专访根华中学。接见访问团的有董事长拿督谭坤祥, 家协主席蔡玉光 及校长张玉传。
Wawancara bersama Penulis Artikel untuk Majalah Hao Wai berkenaan dengan pembangunan dan pengurusan SM Ken Hwa. Hadir menerima lawatan adalah Pengerusi LPS Datuk Tham Koon Siong, YDP PIBG En Chai Nyuk Kong dan Pengetua En. Chong Nyuk Choon.

Wednesday, 27 August 2014

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT NEGERI SABAH 2014









24-26 Ogos 2014
Unit Ko-kurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau dengan kerjasama Sekolah Menengah Ken Hwa (CF), Keningau sebagai tuan rumah berjaya mengelolakan Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Sabah dengan penuh gilang-gemilang.

Acara anjuran yang mana merupakan pengajuran Unit Ko-kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri  Sabah ini telah menerima maklum balas yang amat positif daripada semua pengurus pasukan yang bertanding khasnya dari segi pengurusan peserta-peserta dan teknikal pertandingan.

Friday, 22 August 2014

Sambutan Merdeka Raya 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kemerdekaan 2014 peringakt sekolah telah berlangsung pada 23hb Ogos 2014 bertempat di Dewan Datuk Lee Sen SM Ken Hwa

Thursday, 24 July 2014

Taklimat dan Motivasi Kepada Calon Peperiksaan Awam

Taklimat dan ceramah motivasi kepada bakal bakal calon peperiksaan awam sekolah oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Datuk Tham Koon Siong

Kunjungan Hormat Dengan Pengarah Pendidikan Sabah

Kunjungan Hormat dengan Pengarah Pendidikan Sabah oleh Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG dan Pentadbir Sekolah pada 24hb Julai 2014. Antara agenda yang dibincangkan ada seperti taklimat pembangunan fizikal sekolah, perlaksanaan program-program peningkatan akademik pelajar termasuk isu PnP bahasa cina dan bekalan guru bahasa cina serta makluman perancangan Majlis Perasmian Wisma Pentadbiran Sekolah.

Thursday, 10 July 2014

Jasa Mu Dikenang Cikgu Alexsius Tingadon

Terima kasih diatas perkhidmatan cemerlang di SM Ken Hwa sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Tahniah atas perlantikan sebagai Pengetua di SMK Penangah, Telupid. Semoga berjaya di tempat baru.

Sunday, 6 July 2014

Guru Pratikum

Terima kasih dan tahniah kepada dua orang guru praktikum yang telah menamatkan latihan mengajar di sekolah ini, semoga pengalaman yang dipelajari dapat membantu diri mereka sebagai seorang guru yang cemerlang kelak.

Majlis Penyampaian Transkrip Keputusan Peperiksaan Penggal 1/2014

Majlis Penyampaian Transkrip Keputusan Peperiksaan Dalaman Penggal 1 Tahun 2014 akan dijalankan pada 8hb Julai 2014, Jam 2 Petang bertempat di Kelas Masing-masing. Para ibubapa atau penjaga diperlukan hadir pada waktu berkenaan.

Sunday, 29 June 2014

Tahniah SM Ken Hwa

Tahniah kepada seluruh warga Ken Hwa di atas penganugerahan sebagai Penerima Anugerah Tawaran Baharu (NKRA) bagi tahun 2013

Tuesday, 20 May 2014

Tuesday, 15 April 2014

Majlis Pelancaran Penetapan Sadaran Sekolah dan Penyampaian Insentif Kepada Pelajar Cemerlang SPM dan STPM 2013

Majlis in akan berlangsung pada 17hb April 2014 jam 11.30pagi bertempat di Dewan Datuk Lee Sen. Dijangka Yang Berbahagia Datuk Jake Jikulin Nointin akan merasmikan majlis berkenaan.

PERHATIAN KEPADA PENERIMA INSENTIF SPM DAN STPM 2014:
Anda dikehendaki hadir atau menghantar wakil bagi menerima insentif berkenaan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemberian insentif ditarik balik. Sila tepati masa.

Friday, 4 April 2014

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI PERINGKAT SABAH

Semua lepasan SPM dan STPM dijemput hadir ke karnival pengajian tinggi yang akan berlangsung pada 12-13 April 2014 di Universiti Malaysia Sabah.

Wednesday, 2 April 2014

Perkembangan Pembinaan Wisma Pentadbiran

Perkembangan terkini pembinaan Wisma Pentadbiran Sekolah pada awal April 2014

Sunday, 16 March 2014

Pengumuman Keputusan SPM dan STPM 2013

Pihak sekolah akan mengadakan Majlis Pengumuman Keputusan SPM dan STPM bagi tahun 2013 pada 20hb Mac 2014 (Khamis) jam 10.30pagi di Dewan Datuk Lee Sen. Dalam masa yang sama juga, penyerahan slip keputusan peperiksaan akan diserahkan kepada pelajar.

Untuk itu, pihak sekolah meminta semua pelajar yang hadir agar berpakaian kemas dan rasmi serta berambut kemas sebagaimana seorang pelajar.

本校将在2014年3月20日(星期四)早上10时半开始于本校礼堂宣布2013年SPM 与 STPM成绩。同时,各考生可以领取各自的成绩。

因此, 由请各为考生须穿着整齐,发型整齐到校。

Tuesday, 11 March 2014

15hb Mac 2014 (Sabtu) Hari Persekolahan

Untuk makluman para pelajar, ibubapa dan penjaga SM Ken Hwa, 15hb Mac 2014 (Sabtu) 7.00pagi hingga 11.30 pagi merupakan hari persekolahan gantian. Untuk itu,kehadiran semua pelajar adalah wajib. Pakaian adalah Baju PJK. 谨此通知各位同学,家长或监护人, 本星期六 (15/3/14) 照常上课。时间是早上7时至十一时半。服装为体育衣。敬请留意。

Thursday, 6 March 2014

Wednesday, 5 March 2014

Ujian 1 bagi tahun 2014 mulai 11 Mac 2014

Ujian 1 bagi sesi persekolahan 2014 akan bermula pada 11hb Mac 2014 ini untuk semua tingkatan. Para pelajar diminta untuk bersiap sedia bagi menghadapi ujian. Sila dapatkan jadual peperiksaan di kelas masing-masing. 本年度第一次测验将从3月十一日开始进行,全体学生请做好准备。

Tuesday, 4 March 2014

Perubahan terkini SM Ken Hwa

Memandangkan beberapa projek pembangunan sedang giat dijalankan secara serentak, perkitaran sekolah sedamg mengalami perubahan yang drastik antaranya adalah proses pembinaan Wisma Pentadbiran Sekolah, Melebarkan pintu keluar pagar sekolah dan kerja-kerja tebus guna tapak lama kantin kepada dataran kegiatan pelajar. Untuk itu,diharapkan seluruh warga sekolah mengutamakan keselamatan semasa berada di sekitar sekolah.

Sunday, 2 March 2014

Kempen Menangani Nyamuk Aedes 2014

Kempen membenteras Nyamuk Aedes dijalankan pada 3hb Mac 2014 bagi memberi kesedaran kepada warga sekolah akan bahaya demam denggi dan langkah-langkah pencegahan.