Thursday, 24 July 2014

Taklimat dan Motivasi Kepada Calon Peperiksaan Awam

Taklimat dan ceramah motivasi kepada bakal bakal calon peperiksaan awam sekolah oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Datuk Tham Koon Siong

Kunjungan Hormat Dengan Pengarah Pendidikan Sabah

Kunjungan Hormat dengan Pengarah Pendidikan Sabah oleh Lembaga Pengurusan Sekolah, PIBG dan Pentadbir Sekolah pada 24hb Julai 2014. Antara agenda yang dibincangkan ada seperti taklimat pembangunan fizikal sekolah, perlaksanaan program-program peningkatan akademik pelajar termasuk isu PnP bahasa cina dan bekalan guru bahasa cina serta makluman perancangan Majlis Perasmian Wisma Pentadbiran Sekolah.

Thursday, 10 July 2014

Jasa Mu Dikenang Cikgu Alexsius Tingadon

Terima kasih diatas perkhidmatan cemerlang di SM Ken Hwa sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Tahniah atas perlantikan sebagai Pengetua di SMK Penangah, Telupid. Semoga berjaya di tempat baru.

Sunday, 6 July 2014

Guru Pratikum

Terima kasih dan tahniah kepada dua orang guru praktikum yang telah menamatkan latihan mengajar di sekolah ini, semoga pengalaman yang dipelajari dapat membantu diri mereka sebagai seorang guru yang cemerlang kelak.

Majlis Penyampaian Transkrip Keputusan Peperiksaan Penggal 1/2014

Majlis Penyampaian Transkrip Keputusan Peperiksaan Dalaman Penggal 1 Tahun 2014 akan dijalankan pada 8hb Julai 2014, Jam 2 Petang bertempat di Kelas Masing-masing. Para ibubapa atau penjaga diperlukan hadir pada waktu berkenaan.